16 Mei 2013

PRU13: PAS Terengganu akan kemuka 5 petisyen

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan mengemukakan lima petisyen berhubung keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu.

Pengarah Pilihan rayanya, Ustaz Ariffin Deraman (gambar) memberitahu, pihaknya sedang membuat kajian dan mengumpul bukti untuk mengemukakan petisyen itu nanti.

“Insya Allah, kita akan kemukakan lima petisyen PRU13, kita tunggu dan lihat,” ujarnya yang juga Adun Alor Limbat ketika dihubungi hari ini.

Katanya, PAS Terengganu telah melantik peguam untuk tujuan itu yang terdiri daripada Abdul Haris Malik, Saifuddin Othman dan Fariz Irwan Mustafa.

Pada PRU13, PAS memenangi empat daripada lapan kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Bagi Dun pula, PAS memenangi 14 daripada 32 kerusi, PKR (satu) dan selebihnya BN.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: