16 Mei 2013

Maut digilis treler 22 tan

Maut digilis treler 22 tan6 Rejab 1434 H. [MOD] -

R BALU
JEMPOL -  Seorang pemandu treler maut dalam keadaan tragis setelah treler yang dibaikinya tiba-tiba bergerak sendiri ketika dia cuba membaiki kenderaan itu sebelum menggilisnya di hadapan rumahnya di Felda Palong 7, di sini.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian jam 6.20 pagi kelmarin itu turut disaksikan rakannya sendiri yang juga merupakan kelindan lori.

“ Mangsa, R. Balu,  41 tahun dipercayai bersama rakannya itu sedang bersiap ke tempat kerja dan sebelum itu cuba membaiki treler rosak itu pada pagi kejadian.

“Seperti kebiasaan, mangsa akan meletakkan treler 22 tan itu di hadapan rumahnya. Pada pagi kejadian mangsa sudah memandu treler itu sekitar 80 meter dari rumahnya bersama rakannya.

“ Tiba-tiba kenderaan itu mula mengalami masalah apabila berundur dengan sendiri dengan jarak 60 meter iaitu berhenti semula di hadapan rumah mangsa,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, mangsa menyedari brek treler itu rosak, kemudian mengambil keputusan untuk membaiki sendiri  kenderaan itu lalu meletakan kayu di tayar treler terbabit.

“ Mangsa bertindak masuk ke bahagian bawah treler manakala kelindan berdiri di luar dan memerhatikan mangsa membaiki treler itu.

“ Ketika sedang membaiki kenderaan tersebut, treler itu sekali lagi berundur dengan sendirinya walaupun kayusudah diletakkan di bahagian tayarnya. Ini mungkin kerana keadaan jalan yang curam, " katanya.

Menurutnya, disebabkan itu, mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri terseret enam meter di bahagian tayar kanan treler dan beberapa anggota badan bahagian kirinya turut digilis.

Mangsa yang cedera parah di bawa ke Hospital Jempol oleh ahli keluarganya namun, disahkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital kira-kira 7.05 pagi.

“Bagaimanapun, kes ini tiada sebarang unsur jenayah dan  kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

SINAR/-

Tiada ulasan: