13 Ogos 2013

150,000 terjejas banjir landa Sudan

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

KHARTOUM: Angka penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda sepanjang bulan ini di Sudan kini mencecah kepada 150,000 orang dan jumlah itu dijangka terus meningkat lagi, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebih separuh atau 84,000 daripada mangsa terbabit tinggal di sekitar ibu negara, Khartoum, kata Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Bantuan Kemanusiaan (OCHA).
Setakat ini, di sekitar ibu negara saja, 20 orang dilaporkan terkorban manakala 240 lagi cedera akibat banjir, lapor agensi berita rasmi SUNA, lewat semalam.
“Hujan dijangka terus menerus beberapa hari lagi dan anggaran mereka yang terjejas juga akan terus meningkat," kata OCHA.
Stesen radio rasmi Omdurman melaporkan, banjir besar negara itu sudah mengorbankan 36 orang di wilayah utara Nile. - AFP

Tiada ulasan: