KUALA LUMPUR: Usul dan tawaran Kerajaan Perpaduan oleh Najib membuktikan bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh beliau kini sedang berada di dalam keadaan lemah dan goyah.
Bagi blogger Kelab Greenboc, sekalipun Umno mendabik dada mengakui partinya masih kuat, dengan menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen, namun hakikatnya, hanya kerusi yang kuat tetapi tidak pada undi popularnya.
“Apatah lagi kini MCA dan MIC telah ditolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing,” tulis blogger itu.
Maka, baginya BN hanya bertunjangkan Umno dan ia tidak lagi menggambarkan ‘realiti’ masyarakat Malaysia yang sebenar.
Menurutnya, apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas Umno akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu.
“Maka benarlah apa yang GB katakan sebelum ini, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu adalah satu kemenangan yang rapuh, kemenangan yang batil, kemenangan yang tiada berkat padanya dan akhirnya kemenangan yang sedemikian akan tetap binasa.
“Demikian hukum kebenaran dan keadilan,” ulasnya lagi.

Baca di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan