KANO: Kumpulan ekstremis Islam dipercayai menembak mati 44 jemaah dalam serangan di sebuah masjid di timur laut Nigeria, demikian menurut pegawai kanan kerajaan hari ini.
“Kumpulan lelaki bersenjata dipercayai anggota Boko Haram memasuki masjid dan mula melepaskan tembakan ke arah jemaah yang mengorbankan 44 orang," kata pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan.
Beberapa penduduk berkata, penyerang berkenaan memakai baju tentera sebagai taktik penyamaran namun butiran mengenainya tidak dapat diperoleh. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan