BAMAKO: Ibrahim Boubacar Keita memenangi pilihan raya Presiden Mali selepas pencabarnya mengakui kalah sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Soumaila Cisse pergi ke kediaman Keita lewat semalam untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan Keita, demikian menurut jurucakap kedua-dua calon presiden itu hari ini.
Keita diramal menang mudah pilihan raya itu selepas memperoleh 40 peratus undian pada pengundian pusingan pertama.
Kebanyakan calon lain sudah memberi laluan kepada Keita yang juga bekas Perdana Menteri sejak pengundian pusingan pertama lagi.
Pemimpin berusia 68 tahun itu mengaharungi kempen untuk meningkatkan kedaulatan dan penghormatan terhadap Mali selepas negara itu menghadapi kekacauan oleh pemberontak berhaluan kiri, rampasan kuasa oleh kumpulan Islam dan tentera Perancis. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan