SETELAH beberapa hari berlalunya Syawal, kanak-kanaklah antara mereka yang paling gembira. Apa tidaknya. Syawal yang telah memasuki hari keenam pada hari ini tentunya mendatangkan rasa riang kepada mereka bila duit raya yang diperolehi dikira berulang kali menandakan senangnya rasa hati.
Kini anak-anak berkira-kira pula untuk membeli itu dan ini dan tidak kurang juga memujuk ibu ayah membawa mereka ke mana-mana institusi kewangan untuk mereka sendiri pergi menambah tabungan yang sedia ada. Nah, biarpun berulang kali masuk dan keluar bank, tentu ramai dari kita tidak pernah terfikir rahsia di sebalik duit tunai yang disimpan di bank-bank atau mana-mana institusi kewangan. Apa yang difahami umum, kita akan menyimpan bila ada lebihan dan mengeluarkannya bila ada keperluan.
Dalam sistem kewangan dan perbankan hari ini, mana-mana negara termasuklah Malaysia tertakluk pada satu dasar kewangan dan perbankan yang telah dipersetujui seluruh dunia. Timbullah persoalan, adakah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau Bank Dunia itu merupakan pembuat dasar sebenar kewangan di peringkat antarabangsa? Dengan kata-kata lain, adakah kedua-dua ini bersifat bank pusat kepada dunia?
Sering kali kita dengar bahawa apa saja projek mega, dua institusi diatasl akan menjadi buah bicara sebagai pembiaya. Projek itu dibiaya IMF, projek ini dibiaya oleh Bank Dunia dan ada juga kata-kata "kita terhimpit atau dianiayai dengan dasar kewangan dan perbankan oleh kedua-dua institusi ini".
Dakwaan-dakwaan terbabit seterusnya mendorong kepada kefahaman bahawa IMF dan Bank Dunia adalah bank pusat kepada dunia.
Bukan tiada projek atau program-program kemanusiaan yang dibiayai oleh IMF atau Bank Dunia. Apa yang perlu difahami, masyhurnya kedua-dua badan ini bukanlah menjadikan kedua-duanya sebagai ibu kepada seluruh bank-bank pusat global.
Jika IMF atau Bank Dunia bukanlah antiti yang mengawal selia bank-bank dunia, siapakah bank utama kepada dunia? Dengan maksud lain, siapakah penjaga kepada bank-bank pusat di pelbagai negara di peringkat antarabangsa?
Jawapan kepada persalan tersebut ialah Bank Of International Settlement atau ringkasnya disebut sebagai BIS. BIS telah ditubuhkan pada 17 Mei 1930 sebagai salah satu unit-unit Neo-Collonism moden selain Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan World Bank.
BIS mempunyai pejabat utama di Basel, Switzerland dan mempunyai wakil di pelbagai tempat mengikut rantau.
Bagi Asia dan Pasifik, wakilnya adalah di International Finance Centre, Hongkong. Manakala bagi benua China, sebuah pentadbiran khusus telah diwujudkan di benua tersebut. BIS turut mempunyai wakilnya di benua Amerika iaitu di Del. Miguel Hidalgo, Mexico.
Adakah BIS menerima deposit atau wang simpanan dari mana-mana individu mahupun institusi?
BIS tidak sekali-kali menerima wang simpanan atau deposit sama ada dari institusi-institusi termasuk bank-bank pusat dari mana-mana negara, apatah lagi dari mana-mana individu.
Fungsi utama BIS adalah mengawalselia dasar dan perjalanan perbankan dan kewangan di dunia melalui bank-bank pusat di negara masing-masing. Ia termasuklah struktur agihan kepada modal dan pelaburan atas setiap deposit dalam negara dan peraturan berkaitan kawalan kredit. Malaysia dan sistem kewangan Islam tidak terkecuali dikawal selia oleh BIS selagi dilesenkan di bawah peraturan-peraturan berkaitan perbankan.
Apa yang menarik tahun-tahun mutakhir ini, BIS turut melihat kesan kenaikan harga minyak mentah yang pastinya akan memberi kesan kepada kos kewangan dan pengurusan kredit di serata dunia.
Satu hal yang perlu kita ketahui, kewujudan BIS adalah amat perlu kepada kelompok-kelompok percaturan pasaran kewangan global bagi menjustifikasikan setiap kehendak dan nafsu mereka dalam memastikan objektif neo-collonism mereka berjaya. Keserakahan mereka terhadap kemewahan dan menjadikan dunia termasuklah dunia Islam berada dalam kawalan mereka dapat dilihat melalui satu lagi antiti penuh sentimental iaitu Federal Reserve.
Bermula dari Federal Reservelah segala macam istilah seperti rezab pusat, bunga, faedah dan pelbagai lagi instrumen dicipta bagi mengembangkan pengaruh kelompok neo-collonism ini agar diterima secara sah di seluruh dunia. Nyatanya BIS adalah pada masa kini Berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Kita akan membicarakan perihal Federal Reserve secara lebih terperinci pada kesempatan lain. Apa yang penting, seluruh pendokong dan pencinta Islam tidak lagi ada masa untuk sekadar berpeluk tubuh, menyaksikan dunia diratah oleh entiti-entiti moden yang menampilkan diri mereka dalam pelbagai rupa bentuk eksklusif. Tidak perlu kita bertindak sebagai anti-establishment atau menolak pemodenan dan pembangunan.
Meningkatkan upaya berasaskan pengetahuan, mengambil manfaat atas setiap manipulasi dan membina kekuatan sendiri adalah antara langkah perlu yang mesti dilaksanakan. Peka dan faham setiap gerak geri pemain-pemain dunia dalam mengawal dunia. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA misalnya merupakan satu lagi kaedah menghalalkan matlamat yang pernah disebut oleh seorang tokoh Amerika Syarikat, Henry Kissinger.
Sesungguhnya kita perlu ada percaturan sendiri bagi mendepani suasana semasa agar kita mampu meletakkan negara pada kedudukan yang mampu mempertahankan kepentingan semua rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan