28 October 2013

18 orang awam maut terkena letupan bom

23 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

GHAZNI, Afghanistan 28 Okt. - Seramai 18 orang terkorban termasuk wanita, apabila sebutir bom meletup dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di bandar Afghanistan, di sini semalam.

Menurut Gabenor Ghazni, Mosa Khan Akbarzada, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang apabila bom tersebut ditanam oleh musuh ketat Afghanistan di daerah Andar.

“Sehingga kini, seramai 14 orang wanita, tiga lelaki dan seorang bayi yang terkorban dalam tragedi ini," ujar Mosa. - AFP

No comments: