28 Oktober 2013

Pengundi bermaruah harus tolak BN – Mohd Sabu


23 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

JERAI: Penduduk N20 Sungai Limau khususnya di UPU Sedaka harus menjadi pengundi bermaruah dengan menolak BN dalam pilihan raya pada 4 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata pengundi Sedaka yang kebanyakannya adalah pesawah atau petani sering dikaitkan dengan taraf hidup yang rendah.

Namun, katanya kerajaan BN seolah-olah tidak mahu melihat para petani ini setaraf dengan petani-petani di luar negara.

"Kalau kita pergi ke luar negara seperti Belanda sebut sahaja kerja sebagai petani, merekalah orang paling kaya.

"Di Malaysia sebut sahaja orang buat bendang dikenali taraf hidup yang rendah. Kalau dahulu bila tahu orang yang datang meminang anak kita orang bendang cepat-cepat cakap anak kami tak pandai masak. Kalau cikgu yang datang terus kata bagai pinang dibelah dua," ujarnya ketika berkempen di UPU Sedaka malam tadi.

Katanya, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan bercita-cita menjadikan Kedah ini sebagai ‘Serambi Belanda’ yang cukup maju dalam pertaninan sekali gus melihat para petani di sini boleh maju seperti negara-negara lain.

Namun, katanya kemajuan negara jiran Thailand dalam pertanian wajar dijadikan contoh oleh Malaysia iaitu bagaimana pokok durian sentiasa berbuah dan tidak bermusim.

Justeru katanya, walaupun undi mereka kepada calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat tidak boleh menukar kerajaan tetapi ianya sebagai usaha untuk mempertahankan maruah para petani di sini.

Walaupun hujan lebat turun sebaik dalam ceramah berkelompok itu namun penduduk di sini masing-masing tidak berganjak dan terus mendengar ucapan Mohamad Sabu.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: