28 Oktober 2013

Gempa bumi 5.5 magnitud gegar pantai timur Jepun

23 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegar timur pantai Jepun awal hari ini tetapi tiada laporan tsunami dikeluarkan, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). 


Gempa bumi itu mencatat kedalaman 26 kilometer berlaku pada kira-kira jam 3.13 pagi waktu tempatan iaitu kira-kira 324 kilometer timur bandar Namie.


Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran. 


Sebelum ini, gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda pantai timur negara berkenaan dua hari lalu menyebabkan tsunami kecil termasuk pada ketinggian 55 sentimeter di salah satu tempat. - AFP 

Tiada ulasan: