24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Sultan Kosen bersama isterinya, Merve Dibo.
ISTANBUL 28 Okt. - Lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen akhirnya menamatkan zaman bujangnya kelmarin selepas sering mengadu mengalami kesukaran untuk mencari teman hidup.
Kosen, 30, memilih Merve Dibo, 20, seorang gadis yang lebih rendah 0.9 meter daripadanya.
Mereka disatukan pada satu majlis yang diadakan di Turki.
Lelaki dengan ketinggian 2.5 meter itu, sebelum ini sering ditolak ramai gadis atas faktor saiz dan ketinggian yang dimilikinya.
Namun, Sabtu lalu, petani separuh masa itu menempah sut khas dan kasut dengan saiz 28, khusus untuk hari paling istimewa dalam hidupnya.
Katanya, dia amat teruja kerana akhirnya bertemu dengan 'insan yang sesuai' untuknya, dan menyifatkan ia adalah satu keajaiban.
''Agak sedikit malang kerana saya tidak dapat menemui seorang wanita yang sesuai dengan ketinggian saya, sebelum ini.
''Namun, selepas ini saya akan memiliki keluarga dan kehidupan peribadi saya sendiri,'' katanya.
Kosen merupakan seorang daripada 10 individu di dunia yang mencapai ketinggian 2.4 meter, selepas dia mengalami penyakit yang jarang dialami yang dipanggil 'pituitari gigantism'. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan