29 Oktober 2013

Sultan Brunei lancar buku Qanun Jenayah Syariah


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari’ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Buku-buku tersebut adalah hasil karya Pehin Datuk Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berdasarkan Kuliah Bersama Mufti di 11 buah masjid untuk memberi penerangan mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah.  

Jabatan Mufti Kerajaan dalam satu kenyataan menjelaskan ia sebagai mendukung titah Sultan Brunei untuk melaksanakan Qanun Hukuman Jenayah Syar’iah di negara itu.

Menruutn kenyataan itu, objektif buku itu adalah untuk menyangkal anggapan sebahagian pihak bahawa undang-undang Jenayah Syar’iah adalah usang dan tidak layak untuk dilaksanakan, pada hal undang-undang jenayah S itu jauh lebih unggul tidak berubah-ubah dan lebih menyeluruh.

“Sesungguhnya undang-undang Allah itu adalah amanah bagi semua untuk diketahui, disampaikan dan  dilaksanakan. Terpulang, sama ada orang mahu menerimanya ataupun tidak. Orang yang menerimanya dijanjikan ni’mat di dunia dan akhirat,” tambah kenyataan itu.

Buku setebal 248 mukasurat itu mangandungi 3 bab, iaitu bab Qisas, Hudud dan bab Ta’zir. Harga kulit keras ialah $14.00 sementara kulit nipis ialah $10.00.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: