29 Oktober 2013

Ustaz Azam terharu dengan sokongan masyarakat


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
JERAI: Sebilangan besar penduduk Dun Sungai Limau mengakui calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan lemah lembut ketika berbicara.

Membuka topik senyum dengan empunya diri, Ustaz Azam, 37, berkata sejak kecil ibunya sentiasa berpesan agar sentiasa senyum ketika bertemu atau berurusan dengan orang lain.


"Saya diajar oleh emak supaya sentiasa senyum. Kita kena sentiasa baik sangka dengan orang Insya Allah orang pun tak ada masalah dengan kita.

"Kalau tanya pelajar saya pun mereka tahu saya bagaimana, mereka kata saya sentiasa senyum," katanya sambil ketawa kecil ketika ditemui Harakahdaily sewaktu rehat tengah hari di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15 semalam.


Bertanya mengenai rutin kempen sehari-hari, Azam berkata rutin harian tidak banyak berubah cuma ditambah dengan program-program bertemu masyarakat.


"Tak banyak yang berubah sebab saya seorang guru, selalu bertemu denan palajar dan ibu bapa, solat berjemaah di masjid cuma dalam tempoh kempen ini apa yang dilakukan mesti mendekatkan kita dengan masyarakat.


"Solat kita dengan orang ramai, sarapan, ziarah rumah ke rumah dan apa yang penting untuk kita pastikan sehari suntuk kita bersama dengan pengundi. Malam program ceramah dan santai dengan anak muda," katanya.


Diminta berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan selepas menjadi calon, beliau berkata, sokongan yang ditunjukkan seluruh lapisan masyarakat termasuk bekas guru beliau merupakan perkara yang paling membuatkan beliau terharu.

"Banyak perkara baru antaranya kempen di Batu 18, di situ terdapat pusat operasai RTM. Sebelum ini tak pernah ditemu bual oleh sesiapa pun. Ini mungkin pengalaman baru ditemu bual wartawan.

"Yang kedua paling saya tak lupa pada hari penamaan calon sokongan penyokong PAS cukup mengharukan daripada seluruh lapisan masyarakat.


"Saat manis bersama bekas guru, dua tiga orang yang pernah mengajar saya mereka turut membantu kempen melalui kuliah, dan mereka juga turut membantu kempen yang kita adakan," katanya.


Harakahdaily/-

Tiada ulasan: