HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berusaha untuk mewujudkan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi di semua daerah untuk melahirkan rakyat berbudi luhur dan mempunyai asas kefahaman Al-Quran yang mantap.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negri, Sallehen Mukhyi, berkata usaha itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 agar permintaan terhadap pendidikan agama dapat dipenuhi.
“Kita akan sentiasa meneliti tahap keupuasan hati dan kecemerlangan agar segala pencapaian yang ditetapkan terhadap kualiti pelajar dapat dicapai,” katanya dipetik Selangor Kini.












