08 Mei 2009

Jamuan makan malam bersama ADUN oleh Dato Ngeh.

Bergambar bersama Dato Ngeh dan sebelah kiri ADUN Kepayang, YB Loke.

Sebelum bersurai malam ini untuk meninggalkan Ipoh untuk balik ke Parit Buntar, saya sempat menghadiri satu jamuan makan malam yang ditaja oleh Pengerusi DAP Perak, yang juga Exco Kanan Kerajaan Perak pakatan Rakyat.Terasa perjuanga sehari suntuk dengan menu masakan yang menyelerakan.

Jamuan yang diadakan padajam 8.00 malam di sebuah restoran yang terkenal di Ipoh itu walaupun tidak dapat mengumpul kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak namun sangat bererti setelah penah berjuang hampir sehari suntuk dalam dewan negeri Perak yang telah "dilacurkan" oleh BN.

Kebanyakan ADUN tidak lagi menginap di hotel malam ini dan balik ke kawasan masing-masing. Semua perjuangan anda dihargai oleh pengundi di kawasan masing-masing, dunia menyaksikan perjuangan anda mustahil pengundi anda tidak menyaksikan perjuangan di Dewan oleh Ahli-ahli yang Berhormat di Dewan Hari ini.

Kejujuran dan keikhlasan dengan semangat jihad yang kental dan tinggi mengiringi usaha mencari keredhaan Allah SWT dalam perjuangan yang bertali rantai dengan perjuangan para Rasul dan Nabi. ianya menjanjikan pahala yang berganda dan syurga yang dijanjikan, itulah yang terlebih utama.

Dalam ucapan penghargaan beliau berterima kasih dengan semangat juang ADUN PR di dewan pada hari ini yang dianggap berjaya. Serta ucapan terima kasih kepada kumpulan Kesaelamatan dari Kelantan yang di Ketuai oleh Sdr. Mat Ali.


ADUN Titi Serong, mata sudah merah tapi semangat masih

16 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Yang Berhormat,

Teruskan perjuangan. Kami rakyat berasa sangat tertekan dengan kezaliman BN di Perak.

Kami berdoa semua pemimpin PR Perak dan pejuang-pejuang keadilan yang dizalimi BN sentiasa dilindungi Allah. Amin.

Perak aWeSoMe berkata...

Mungkin kita kalah hari ini...esok...dan mungkin lusa...tapi selagi kita menjauhi perkara yang mungkar...dan sentiasa menuruti laluan yg benar...kita tetap akan menang di akhirnya...

kerana Allah menjanjikan kemenangan kepada kebenaran....insyaAllah..

TIDAK ADA KEMANISAN PERJUANGAN JIKA TIDAK DIIRINGI DENGAN PENDERITAAN...

Allahuakbar!!!!!

Tanpa Nama berkata...

takbir!!! Allah bersama org yg sabar...yang penting teruskan berusaha + berjuang...
juga yg penting jgn letak harapan terlalu tinggi pada pihak ketiga...

doublea (semanggolian) berkata...

bismillah..
bila tengok video YB sivakumar kena angkut...Ya ALLAH...geramnye rasa....Hanya ALLAH yang tahu...
'ala kulli hal, moga semua ADUN PR tetap mempunyai daya juang yang tinggi...

ISLAM for ALL.

Allahhuyahdeena wayahdeehim!

ameen,

Tanpa Nama berkata...

apa agaknya raja nazrin bisik kepada YAB nizar dan YB Ngeh masa sidang tengahari tadi?

Tanpa Nama berkata...

salam YB,
saya menonton berita bernama malam tadi & menteri dlm negeri berkata pihak polis berjaya
mengawal keadaan di luar dewan & apa yg terjadi di dalam dewan adalah di luar bidang kuasa polis,tapi siapakah yg menceroboh masuk ke dalam dewan & menarik speaker keluar?bukankah a****g umno yg masuk ke dalam dewan tnpa diundang itu?propaganda umno yg nyata bukan saja mencalar malah meluputkan sistem demokrasi
di Malaysia ini,saya mungkin hanyalah seorang rakyat kerdil yang tidak berpelajaran tinggi seperti kebanyakan org2 United Malay No Otak
yg pandai2 belaka,namun saya bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana mamberi saya akal fikiran untuk membezakan yg mana baik & yg mana jahat,Allah sentiasa bersama org2 yg benar & bersabar
amin............

Tanpa Nama berkata...

Mana tuan speaker Siva the great warrior?
Semoga beliau tetap selamat.
Teruskan perjuangan.

Amri Mat Saaid berkata...

Salam Yb

Moga terus istiqamah perjuangan menegakkan Islam dan keadilan kami sentiasa mendoakan kebaikan untuk PR

Unknown berkata...

Berjuang dan kekalkan jiwa pahlawan anda... Panglima bukit gantang dah wujud. dato sagor dan dato maharajalela belum lagi kot...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan!

Tanpa Nama berkata...

tidak apa YB. ada ubi ada batas, ada lori ada bas.. ada hari Allah balas.. insyallah.. TAKBIR!!

ayie berkata...

yb idham
sy sbagai generasi muda yg menyokong pkatan rakyat berasa amat marah ngan tindakan puak2 bn nie..kalu ikutkan hati yg marah erm........

chodot berkata...

Mulai hari ini kita harus belajar undang-undang baru ciptaan UMNO/BN. Undang-Undang lain dah tak boleh pakai. Awas jangan cuba lawan Umno/BN?... nanti kena......

mu'iz berkata...

salam,
YB saya amat kagum dengan kegigihan semua adun pakatan rakyat..
sunguhpun penipuaan berlaku tetapi semgant yang berhormat sekalian mengejutkan ramai pihak kerna sebelum ini BN khususnya di perak amat terkenal dengan perangai samseng.
bru kini buku bertemu ruas..yg disangka lemah telah melwan

ayuh YB kami rakyat perak di belakang anda semua..

salam perjuangan..

Tanpa Nama berkata...

moga Adun PR Perak dpt trus berjuang........

Allah akan bg kemenangan jua pd pihak yg sabar.....

Saya akan sentiasa bersama tuan-tuan........

InsyaAllah Be End akan mampus jua akhirnya.......

Unknown berkata...

Kentalkan semangat kita,
Biar kita undur setapak hari ini,
Esok kita mungkin melangkah dua tapak ke hadapan,
Hari ini hari mereka,
Esok-esok kita pula,
Perkasakan iman dan kepercayaan kita,
Himpunkan kembali kekuatan,
Fikirkan segala usaha,
Mengharung gelora kebiadapan mereka,
Mencabul dan memperkosa kedaulatan negeri kita bersama,
Adakah mereka sudah gila?
Hati mereka sah dirasuk puaka,
Sudah tak kenal batasan dosa pahala,
Apatah lagi adab susila,
Tak ubah bak anjing gila,
Sudahlah berpenyakit lagi bahaya,
Buruk sungguh tingkah mereka,
Sungguh memualkan di mata jelata,
Menjijikkan,
Tak ubah seperti najis entah sesiapa.