Tompokan misteri berwarna merah yang gambarnya diambil antara tol Changkat Jering ke tol Taiping/Kamunting yang jelas merosakkan pemandangan dan mendatangkan pencemaran. Disetengah tempat ianya bertompok di tengah jalan dan memberi kesan kotoran kepada kenderaan terutamanya pada waktu hujan.
16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media.
Sejak seminggu ini saya dapat mengesan sesuatu yang ganjil disepanjang Lebuhraya PLUS ke arah utara, iaitu berupa tompokan dan enceran serta serakan berwarna merah yang jelas kelihatan disepanjang lebuhraya itu.
Oleh itu timbul beberapa persoalan yang pelu dijawab segera oleh pihak yang berkenaan seperti PLUS, Jabatan Alam sekitar dan sebagainya bagi menjawab misteri bahan tersebut:-
1. Apakah bahan sebenar yang telah mencemarkan pemandangan dan mencemarkan lebuhraya terutama sepanjang arah menuju ke atah utara itu. Pihak PLUS mestilah bertanggung jawab kepada kesan tompokan itu yang telah mencemarkan kenderaan yang melalui lebuhraya itu.
2. Disamping itu saya kira pihak Jabatan Alam Sekitart (JAS) perlu mengadakan lawatan dan mengambil contoh bahan berwarna merah itu adakah tanah biasa atau bahan kimia yang boleh memberi kesan karat kepada semua kenderaan yang terkena tumpahan itu.
3.Saya menerima berita tidak sahih yang mengatakan itu adalah bahan untuk mencuci permukaan jalan . Namun saya tidak penah mendengar tentang bahan sedemikan dalam keadaan untuk mencuci ianya telah mengotorkan alam dan kenderaan lain.
4.Antara kebimbangan saya ialah kesan sampingan yang mungkin boleh belaku kepada kenderaan yang terkena bahan kotoran itu dan siapakah yang perlu dipertanggung jawabkan.
5. Pihak PLUS mestilah memberi jawapan secepat mungkin bagi menghilangkan keraguan dan pertanyaan yang datang dari pengguna yang ada antaranya setiap hari melalui arah keutara.
6. Jangan sampai rakyat yang telah membayar tol yang tinggi dengan harapann memperolihi perkhidmatan yang cepat dan selesa , namun terdedah dengan bahan pencemaran yang tidah dapat disahkan statusnya.
Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.
14 Oktober 2011

1 ulasan:
pandangan pengguna lebuh raya perlu diambil tindakan. pengguna tol yg membayar gaji tuan selama ini dan memastikan business tuan kekal selamat
Catat Ulasan