10 November 2011

Jalan Sinua sesuai untuk laluan kereta kebal

13 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KENINGAU, 10 Nov: PAS Kawasan Pensiangan melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang lewat menyiapkan projek naik taraf jalan Sinua dekat Sook, Keningau.

Yang DiPertua PAS kawasan, Hishammudin Sulaiman mendakwa pihaknya amat kecewa dengan sikap kementerian terbabit kerana lewat menyiapkan naik taraf jalan berkenaan.

“Kami berasa kecewa dan sedih kerana rakyat melalui jalan yang tidak berturap yang sesuai dilalui untuk laluan kereta kebal,” jelasnya.

Menurutnya, kesan balingan batu yang jelas dilihat dipapan tanda projek berkenaan juga membuktikan bahawa kemarahan rakyat sudah mencapai kemuncak.

“Ini merupakan kesan balingan batu, kesan kemarahan rakyat terhadap jalan yang tidak dibina dan pembangunan yang dibuat oleh Barisan Nasional,” katanya.

Dalam perkembangan lain, PAS Pensiangan juga menyumbang sebanyak 40 kepingan zink kepada Kampung Sinaron, Terusmadi untuk digunakan bagi pembangunan surau di kampung tersebut.

Turut hadir memberikan sumbangan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Selangor, Husni Zaim Mohmadan dan seluruh pimpinan PAS Kawasan Pensiangan.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: