10 November 2011

Yuran pengajian naik, beribu pelajar berarak di London

13 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LONDON 10 Nov. - Beribu-ribu pelajar berarak di sekitar London semalam bagi membantah langkah berjimat-cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Parti Konservatif.

Kira-kira 10,000 pelajar lagi di seluruh Britain dijangka menyertai demonstrasi menentang polisi terbaru termasuk menaikkan yuran pengajian.

Sebanyak empat protes yang serupa diadakan oleh sekumpulan pelajar akhir tahun lalu yang mencetuskan pertempuran dengan polis, serangan terhadap bangunan awam dan ibu pejabat Parti Konservatif serta seramai 400 orang ditahan dari protes tersebut. - Reuters

Tiada ulasan: