13 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
MUAR – Satu tengkorak yang dipercayai milik manusia dijumpai seorang nelayan di Pantai Seri Menanti, Parit Jawa, di sini, semalam.
Nelayan berkenaan yang hanya dikenali sebagai Ahmad, 50-an, menjumpai tengkorak itu ketika mencari kupang di pantai berkenaan.
Menurutnya, semasa mencari kupang kira-kira jam 10 pagi berhampiran pokok bakau di tepi pantai itu, dia ternampak objek hitam seakan batu.
“Objek ini terbenam di atas lumpur pada jarak kurang 20 meter dari tempat saya mencari kupang.
“Tetapi entah mengapa saya tertarik untuk menghampiri objek itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah tengkorak manusia,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad berkata, dia tidak menemui sebarang tulang lain melainkan tengkorak itu saja di kawasan berkenaan.
Menurutnya, dia segera menghubungi Balai Polis Parit Jawa yang kemudiannya sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar diketuai Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Razali Mohd Zin tiba di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan penemuan tengkorak berkenaan.
“Buat masa ini, polis tidak dapat menentukan jantina atau umur pemilik tengkorak berkenaan dan masih menunggu laporan lanjut.
“Dipercayai tengkorak ini sudah menjangkau usia lebih satu tahun dan hanya mempunyai dua gigi geraham. Tengkorak ini akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi mengenal pasti identiti pemiliknya,” katanya.
Sehubungan itu, kepada orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi IPD Muar menerusi 06-9526222.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan