10 November 2011

Letupan periuk api ragut 10 nyawa

13 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Seramai 10 orang terbunuh dalam satu letupan bom di bahu jalan di barat laut Afghanistan, menurut seorang ahli politik tempatan, semalam.

Pengerusi Majlis Wilayah Badghis, Faizul Azimi berkata, letupan kuat itu berlaku selepas sebuah kereta polis di wilayah Badghis terlanggar periuk api yang ditanam di kawasan tersebut sehingga menyebabkan lapan orang awam termasuk seorang kanak-kanak yang berada di dalam sebuah kenderaan lain turut terkorban.

Ia adalah kejadian letupan kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu kerana, Ahad lalu, seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya dan mengorbankan tujuh yang lain semasa umat Islam sedang dalam perjalanan­ pulang selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di bandar Baghlan, di utara negara itu.

sinar harian/-

Tiada ulasan: