10 November 2011

Tiga Maut Dalam Gempa Bumi Terbaru di Turki

13 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ANKARA: Gempa bumi bermagnitud 5.7 mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang di timur Turki awal pagi Khamis, kurang tiga minggu selepas gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 600 orang di kawasan sama, menurut stesen televisyen TRT.

Lebih ramai mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan dan anggota penyelamat sedang berusaha mencari mereka yang terselamat. Sebanyak 21 bangunan termasuk dua hotel runtuh dalam gempa bumi itu. Seramai enam orang sudah diselamatkan di dua hotel berkenaan.

Gempa bumi itu berlaku pada 1923 GMT (0323 MST) dengan pusat gempa di daerah Edremit, kira-kira 15 kilometer dari Wilayah Van. - AFP

Tiada ulasan: