16 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU – Lebih 15,000 orang dijangka menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Terengganu hari ini.
Kepulangan baginda yang menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 itu akan disambut segenap lapisan rakyat sama ada kakitangan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi, pelajar dan pemimpin tempatan.
Mereka dijangka berada di sepanjang laluan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Istana Maziah iaitu sejauh 16.4 kilometer bagi menyaksikan kepulangan tuanku secara dekat.
Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol), Mohd Zahari Jannah berkata, baginda yang tiba di LTSM pada jam 2 petang akan disambut dengan kawalan tabik hormat dan bacaan doa.
Menurutnya, turut menyambut ketibaan baginda adalah Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan kenamaan lain.
“Selesai di LTSM, baginda akan berangkat ke majlis santapan petang dan majlis mengadap rombongan dari Kuala Lumpur di Istana Maziah pada jam 2.30 petang,” katanya selepas taklimat keberangkatan pulang baginda di Wisma Persekutuan, semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Azizah Awang dan timbalannya, Mohd Iskandar Jaafar.
Sementara itu Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim mengesahkan tiada jalan ditutup sempena menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri hari ini.
Beliau berkata, jalan dibuka seperti biasa namun mereka yang ingin menggunakan Jambatan Sultan Mahmud dinasihatkan menggunakan Jalan Manir sebagai alternatif dalam tempoh antara jam 2 petang hingga 3.30 petang bagi mengelak kesesakan.
“Kenderaan akan bergerak perlahan dan kita menempatkan anggota trafik di sepanjang laluan dari LTSM ke Istana Maziah yang akan digunakan tuanku terutamanya di persimpangan lampu isyarat.
“Kita juga nasihatkan orang ramai khususnya pelajar yang akan berada di jalan menunggu kehadiran tuanku supaya mematuhi arahan keselamatan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan