16 Muharram 1433H. [MOD] -
ROMPIN – Uda Holding Berhad (Uda) diminta supaya memperbanyakkan lagi usaha-usaha pembangunan rumah kedai dan projek perumahan di Rompin bagi mengimbangi kos hartanah yang kian meningkat di seluruh negara.
Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, daerah Rompin yang sedang pesat membangun memerlukan komitmen sepenuhnya Uda dalam membantu rakyat pelbagai kaum memiliki ruang niaga dan tempat tinggal.
Menurutnya, penduduk sekitar Rompin dan Muadzam Shah kini dihantui kebimbangan berikutan kos rumah kedai dan pemilikan rumah kediaman yang dijual oleh syarikat swasta pada harga yang jauh lebih tinggi dan sukar dimiliki.
“Warga Rompin kini melahirkan rasa bimbang bagaimana mereka mahu memiliki ruang niaga atau rumah kediaman sendiri sedangkan harganya lebih tinggi dan di luar kemampuan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Daerah Rompin (MDR) dengan Uda Holding Berhad bagi Pembangunan Desa dan Teras Konsortium Sdn Bhd dengan Uda Holding Berhad bagi Pembangunan Hartanah Daerah Rompin.
Turut hadir sama, Pengerusi Uda, Datuk Nur Jazlan Mohamed , Yang Dipertua MDR, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain.
Dr Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, pada masa ini, Uda bercadang membina 12 unit kedai pejabat dua tingkat di atas sebahagian lot tanah seluas satu ekar milik Majlis Daerah Rompin (MDR).
“Usaha ini akan merancakkan lagi pembangunan di Rompin itu sendiri dan ia sudah tentu membuka ruang niaga kepada penduduk setempat selaras dengan usaha kerajaan bagi membangunkan masyarakat luar bandar,” katanya.
Selain itu, katanya, Uda juga bersetuju untuk berbincang dengan TDK bagi melihat ruang-ruang niaga dan projek pembinaan rumah kediaman di Muadzam Shah untuk dibangunkan pada masa depan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan