12 Disember 2011

Bersedia kemungkinan banjir

16 Muharram 1433H. [MOD] -

SEGAMAT - Sebanyak 30 buah bot lengkap dengan enjin dan jaket keselamatan diperuntukkan di bawah Parlimen Sekijang bagi kegunaan penduduk sekitar Parlimen berkenaan sekiranya berlaku banjir.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamed berkata, bot yang diserahkan itu akan menjadi kegunaan penhttp://www.blogger.com/img/blank.gifting bagi persediaan menghadapi banjir kelak memandangkan kemungkinan paras air membanjiri kawasan berlaku dengan pantas.

Menurutnya, terdapat beberapa buah bot serta enjin yang telah diserahkan kepada penduduk setempat bagi kegunaan banjir dan ia dilihat cukup berguna ketika berhadapan banjir Januari lalu.

“Sebelum ini saya melihat sekiranya bot sudah diserahkan, sedikit sebanyak tanggungjawab saya akan selesai namun, ia sebenarnya bukan seperti yang disangka kerana walaupun bot kecemasan tersedia, ia tidak bermakna jika tiada siapa yang boleh mengendalikannya.

“Memandangkan perkara sebegini terjadi, kita mengambil inisiatif untuk menjalankan Kursus Pengendalian Bot bagi setiap tempat yang menempatkan bot ini dan menjadi kawasan 'hot spot' ditenggelami banjir ketika hujan lebat,” katanya ketika majlis penyerahan bot terbabit di sini, semalam.

Katanya, setiap bot itu berharga dalam lingkungan RM 5,000 hingga ke RM 7,000 lengkap beserta enjin dan lima jaket keselamatan disediakan bagi menampung mangsa yang tersangkut ketika banjir kelak.

"Setiap bot ini mampu menampung di antara empat sehingga enam orang dan buat masa ini semua tempat di bawah Parlimen Sekijang sudah mempunyai bot sendiri cuma penambahan akan dilakukan secara berperingkat bagi tempat yang hanya mempunyai satu bot sahaja," katanya.

Sementara itu, tenaga pengajar dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Nazlan Ruslan berkata, kursus yang akan dikendalikan ini lebih menjurus kepada asas membawa bot, cara membaling tali dan pelampung kepada mangsa serta teori penjagaan enjin bot.

“Perkara asas ini menjadi keutamaan dalam memandu serta menjaga enjin bot supaya sentiasa diselenggarakan untuk kegunaan bersama ketika kecemasan,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: