16 Muharram 1433H. [MOD] -
SEREMBAN - Seorang lelaki warga Afrika nekad terjun dari tingkat dua sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta dekat sini sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa yang melancarkan Ops Ajar, malam kelmarin.
Tindakan itu mengakibatkan kaki kanan lelaki berkenaan patah dan dia seterusnya ditahan anggota penguat kuasa yang curiga dengan kelakuannya.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, suspek yang dipercayai penuntut kolej swasta merupakan antara 17 warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam operasi bermula jam 8 malam hingga 1 pagi itu.
“Penahanan lelaki terbabit juga membawa kepada penemuan beberapa barang yang disyaki digunakan bagi kegiatan penipuan di dalam unit pangsapuri yang didiami bersama tiga lelaki lain,” katanya.
Menurut beliau, pada mulanya, pintu unit pangsapuri berkenaan gagal dibuka menyebabkan anggota penguat kuasa mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum berjaya memasukinya.
Kata Faizal, tiga lelaki warga Afrika dipercayai rakan serumah suspek yang berada dalam premis berkenaan cuba menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.
“Hasil pemeriksaan menemui sebuah komputer riba yang disorok atas siling tandas dan sebuah lagi komputer riba disembunyikan dalam kusyen.
“Siasatan lanjut mendapati komputer riba yang ditemui atas siling tandas itu mengandungi beberapa bukti berkaitan unsur-unsur penipuan,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini, malam kelmarin.
Faizal berkata, barang-barang lain yang turut ditemui dalam rumah berkenaan adalah dokumen digital, salinan MyKad dan gambar yang dipercayai dipalsukan, pasport serta borang-borang pemindahan wang dikeluarkan pelbagai agensi antarabangsa.
“Turut ditemui adalah sembilan telefon bimbit, sejumlah wang tunai, tujuh kad prabayar, 15 kad SIM telefon bimbit dan kondom,” katanya.
Menurutnya, tiga warga asing berumur antara 20-an hingga 30-an itu ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki terlibat dalam unsur penipuan.
Manakala, katanya, baki 14 warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana tinggal di negara ini melebihi masa dibenarkan.
“Secara keseluruhan, seramai 215 lelaki dan 85 wanita warga Afrika diperiksa dalam operasi disertai 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri, 45 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta 15 pegawai dan anggota polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan mengenai penahanan tiga suspek terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan perbankan melalui Internet.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan