16 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - “Aku pukul, aku bunuh kalau kau tidak bagi aku duit!”, itulah antara kata-kata yang sanggup diluahkan oleh seorang cucu terhadap neneknya gara-gara bengang setelah nenek malang itu enggan memberikan wang yang diminta.
Bukan itu sahaja, dalam kejadian di kediaman mangsa di Kampung Felda Belara, Batu Rakit, di sini, 4 Disember lalu, kira-kira jam 5 petang, cucu durjana itu juga bertindak mengamuk selepas permintaannya berkali-kali itu untuk mendapatkan wang tidak diendahkan oleh warga emas berkenaan.
Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Rofi Mohd Noor, 29, dari Felda Belara, Batu Rakit, di sini yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Disember lalu kira-kira jam 5 petang di kediaman mangsa di Kampung Felda Belara, Batu Rakit, di sini didakwa telah bertindak melakukan satu ugutan berunsur jenayah dengan mengeluarkan kata-kata “aku pukul, aku bunuh kalau kau tidak bagi aku duit’ yang menakutkan mangsa, Wan Zabedah Embong, 74.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara hingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Abd. Latif.
Noradila menetapkan 11 Januari depan sebagai tarikh perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, tertuduh dikatakan mengamuk selepas berang neneknya enggan memberi wang seperti diminta.
Anak mangsa, Che Mohamad Zali Abdullah, 40, kebetulan berada semasa kejadian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu dan susulan lapo-ran, tertuduh ditangkap di kediamannya di Felda Belara, malam kejadian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan