25 Muharram 1433H. [MOD] -
SELAMA – “Tak sangka sikap ibu yang banyak menghabiskan masa beribadah sejak sebulan lalu, termasuk membeli al-Quran, sejadah dan telekung sebagai hadiah untuk kakak, adalah tanda pemergiannya.”
Kata Shahrul Hamid Ab Jalal, 26, anak ketiga mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 90.7 Lebuh Raya Utara Selatan, Noorjan SM Abdul, 54 dan suaminya Ab Jalal S Shahrul Hamid, 60.
Kedua-dua mangsa serta seorang lagi anak mereka, Mohamad Ridzuwan, 24, maut dalam kemalangan apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan sayur kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.
Masih dalam keadaan terkejut, Sharul Hamid berkata, dia merasa agak terkilan mengenangkan hajat ayah dan ibunya menemui kakaknya sekeluarga di Johor Bahru tidak kesampaian.
“Ayah dan ibu sudah lama tidak berjumpa kakak serta keluarganya, mereka sudah lama merancang untuk melawat mereka, terutama melihat anak saudara saya yang baru mencecah usia enam bulan.
“Masih terngiang di telinga saya, pesanan akhir ibu agar kami tidak tinggal solat dan sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Ditanya tentang perubahan yang ditunjukkan, Shahrul Hamid berkata, ibunya menunjukkan perubahan ketara sedangkan sikap bapanya tidak banyak berbeza.
“Bagaimanapun sahabat-sahabat ayah ada mengatakan yang dia tidak seceria selalu dan lebih banyak berdiam diri ketika bersama mereka.
“Berbeza dengan arwah adik yang dilihat lebih ceria berbanding kebiasaan dan sering menegur kawan-kawan yang singgah di kedai makan keluarga kami di Pekan Selama,” katanya.
Katanya, walau apa pun mereka sekeluarga tabah menerima ujian tersebut.
“Setelah selesai bedah siasat semua arwah terus dibawa pulang ke Selama untuk dikebumikan dan sampai di rumah kira-kira jam 10.30 malam.
“Jam lebih kurang 11.30 ketiga-tiga mereka selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selama,” katanya.
Hajat tak kesampaian
SEMENTARA itu, Nabizaitoniza Ab Jalal, 29 berkata, dia memang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa tiga insan tersayang dalam hidupnya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat bertemu dengannya.
“Kali terakhir saya berjumpa mereka pada Hari Raya Aidiladha lalu dan merancang untuk bertemu semula kelmarin tapi semuanya tidak kesampaian apabila mereka pergi buat selama-lamanya.
“Apa yang menyedihkan mereka pergi dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit dan ini membuatkan kami terasa kehilangan,” katanya.
Katanya, hajat ibu dan ayahnya tidak kesampaian untuk bertemu cucu mereka walaupun telah lama merancang ke rumahnya di Johor Bahru.
“Saya dan adik-beradik lain akan ingat pesanan ibu sampai bila-bila kerana itu adalah permintaan terakhirnya,” katanya.
Tragedi ngeri kedua
MANAKALA cucu saudara arwah yang sempat ditemui, Mohamad Esa Nahoogani, 30, berkata, dia agak rapat dengan arwah keluarga itu dan pemergian mereka turut dirasi.
Jelasnya, kejadian tersebut adalah tragedi kedua melibatkan ahli keluarganya kerana pada tahun 1990-an empat ahli keluarga lain turut terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa mereka di Bukit Merah.
“Walau apa pun kami semua perlu kuat dan lebih tabah menghadapi dugaan ini kerana ia adalah kehendak Allah,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan