25 Muharram 1433H. [MOD] -
KUANTAN - “Mujur kali ini hanya tiga arnab peliharaan saya yang mati ‘dikerjakan’ 12 anjing liar, tetapi akan datang siapa tahu kerana mungkin ada kanak-kanak atau sesiapa saja di kawasan perumahan ini yang menjadi mangsa haiwan berkenaan,” kata seorang ahli perniagaan, Radhan Ramli, 30, ketika menceritakan detik cemas selepas dikepung 12 anjing liar yang menceroboh kediamannya di Taman Setali Maju, di sini, malam kelmarin.
Mengimbas semula detik cemas yang berlaku pada jam 8 malam ketika dikepung kumpulan anjing liar berkenaan, Radhan berkata, separuh daripada haiwan itu sedang meratah tiga arnab miliknya manakala bakinya mengepung dan bertindak seolah-olah mahu menyerangnya.
Menurutnya, ketika sedang dikepung itu, mata haiwan liar berkenaan merenung tajam tepat ke arahnya seolah-olah menunggu detik untuk menerkam namun mujur dia tidak panik dan gentar sebaliknya sudah bersiap sedia untuk bertarung.
Katanya, pada masa sama, dia tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat tiga arnab yang dibela sejak kecil diratah sehingga mendorongnya membaling batu ke arah kumpulan anjing yang sedang menggigit leher arnabnya.
“Bagaimanapun, semua haiwan liar itu tidak berganjak dan tidak melepaskan gigitan menyebabkan membaling kayu sekuat hati.
“Balingan itu tepat mengenai seekor daripada haiwan liar itu menyebabkannya rebah dan saya terus mengacah untuk memukul dengan kayu,” katanya.
Menurutnya, lebik kurang sejam kemudian, semua haiwan liar berkenaan lari bersama seekor arnab yang digigit manakala dua lagi ditinggalkan di luar sangkar kerana sudah mati.
Selepas diperiksa, dia mendapati penyelak pintu sangkar arnab tercabut manakala tanah pula mempunyai kesan korek dan dia percaya ia dilakukan kumpulan anjing liar itu yang cuba menghalau arnab dalam reban itu untuk keluar.
Radhan berkata, dia percaya dan tidak menolak kemungkinan semua haiwan liar itu bersembunyi di dalam Hutan Setali yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumahnya.
“Susulan itu, saya sudah membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kelmarin dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan