25 Muharram 1433H. [MOD] -
AKHBAR Iraq menyiarkan berita mengenai Tareq di muka depan.
13 pengawal peribadi akui komplot
BAGHDAD: Krisis politik Iraq bertambah serius selepas Presiden Nuri al-Maliki menuduh Naib Presidennya, Tareq al-Hashemi merancang pembunuhannya disusuli penafian pemimpin kanan itu dan menyebabkan blok parti sekular Iraqiya memutuskan untuk memboikot mesyuarat Kabinet.
Dua hari selepas tentera Amerika Syarikat berundur daripada pengurusan dalaman Iraq, keadaan politik negara Teluk itu menjadi tidak menentu menjelang sambutan ulang tahun pertama pembentukan kerajaan perpaduan puak Sunnah, Syiah dan Kurdis.
Perbalahan antara Maliki dan Tareq menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Saleh al-Mutlaq, seorang Sunnah, menyifatkan Presiden sebagai ‘diktator baru’ Iraq.
Maliki kemudian menggesa Saleh dipecat dan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Tareq kelmarin.
Ahli perundangan bersetuju membincangkan usul pemecatan Saleh pada 3 Januari depan, manakala ada pemimpin kanan lain menggesa mereka berunding bagi menamatkan sengketa.
“Saya bersumpah bahawa saya tidak pernah melakukan dosa terhadap warga Iraq,” kata Tareq pada sidang media di wilayah Kurdis, Arbil.
“Saya cadang kes terhadap saya dibicarakan di Kurdistan. Saya sedia dibicarakan jika ia dipersetujui,” katanya ketika Rumah Putih turut gusar dengan perkembangan terbaru itu.
Duta Amerika ke Iraq, James Jeffrey mengadakan pertemuan dengan pemimpin Iraq mengenainya, tetapi pejabat Maliki menolak untuk menarik balik dakwaan terhadap Tareq.
Sekurang-kurangnya 13 pengawal peribadi Tareq ditahan sejak beberapa minggu lalu. Pejabat Tareq berkata, tiga daripada mereka terus ditahan selain mengecam langkah anggota keselamatan mengadakan sekatan masuk ke rumahnya.
Televisyen rasmi menunjukkan rakaman pengakuan beberapa pengawal peribadi Tareq bahawa pemimpin merancang serangan ganas dan dibantu Naib Presiden.
Tareq turut menyarankan perwakilan Liga Arab turut sama dalam siasatan ke atasnya termasuk soal siasat selain menyifatkan pengakuan pengawal peribadi itu sebagai palsu dan ‘dipolitikkan.’
Speaker Parlimen dan Presiden Kurdis, Massud Barzani menggesa semua pihak yang bertelagah memilih untuk ke meja rundingan. – AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan