21 Disember 2011

Gudang simpan minyak diserbu

25 Muharram 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Sejum­lah 20,000 liter petrol dan 80,000 liter diesel dianggar­kan bernilai RM182,000 di­rampas Kemen­terian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepeng­gunaan (KPDNKK) Putrajaya, semalam, dalam ope­rasi yang diadakan di sebuah gudang menyimpan minyak dekat Ladang Juru, di sini.

Operasi bersama Su­ru­han­jaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) itu disertai 18 pegawai, termasuk 10 pe­gawai KPDNKK dike­tuai Pe­nolong Pengarah Unit Ka­wa­lan Bahagian Petroleum Putrajaya, Mohamad Hashim.

Mohamad ketika ditemui berkata, petrol yang disimpan di bawah tanah itu dirampas selepas ia didapati tidak mempunyai lesen simpanan sah, manakala diesel yang disimpan di dalam sebuah tangki itu dirampas setelah mendapati ia disimpan di tempat yang tidak dilesenkan.

“Tempat ini dipercayai berope­rasi lebih 10 tahun lalu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan.

“10 pekerja, termasuk pemilik premis yang berusia lingkungan 50an ditahan untuk diambil ke­terangan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua rampasan itu disiasat bawah Seksyen 7(4) Akta Kawalan Be­kalan 1961 dan Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, sabit kesalahan bo­leh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau pen­jara tiga tahun atau kedua-duanya se­kali bagi individu yang terlibat, manakala bagi syarikat pula denda tidak lebih RM250,000.

Sinar Harian

Tiada ulasan: