25 Muharram 1433H. [MOD] -
Umno-BN dengan reaksinya yang menggambarkan kepada kita betapa mereka mahu memerintah negara buat selamanya, ini jelas berdasarkan respon demi respon BN yang tidak masuk akal bagi masyarakat yang telah maju daya fikirnya.
Apabila ada anak muda di kalangan mahasiswa bersuara, kita dapat lihat pemimpin Umno mula menzahirkan "kuasa" mereka, tidak ketinggalan juga orang-orang kuatnya yang melatah seperti baru keluar dari gua.
Disini sahaja kita sudah boleh lihat betapa bodohnya para pemimpin negara sedangkan mahasiswa lebih cerdik dan matang dari mereka.
Saya amat kesal terhadap apa yang berlaku ke atas Adam Adli yang merupakan mahasiswa UPSI, golongan ini cuma menyuarakan hak yang sepatutnya diberikan perhatian sewajarnya, pelik melihat kelakuan pemimpin BN dalam isu ini kerana gagal bezakan antara "koyak" dan "turun" mengenai isu penurunan bendera Najib di PWTC.
Seperti kebiasaan, parti ketuanan Melayu dan konconya menzahirkan perasaan marah yang aneh terhadap perbuatan menurunkan bendera tersebut, malah lebih menyedihkan ugutan kepada Adam Adli sampai kepada keluarganya.
Sehingga tidak dibenarkan pulang ke rumah sendiri, adakah negara ini telah bertukar status kepada sebuah negara mafia?.
Tidak cukup dengan insiden itu, UPSI juga didesak oleh para orang kuat Umno supaya Adam Adli diberhentikan serta merta, adakah ini cara Umno "mendidik" jika benar ada pihak yang perlu dididik, saya tidak kisah jika yang mendesak itu adalah para pensyarahnya.
Parti ketuanan Melayu seperti Umno ini sudah dirasuk oleh namanya sendiri, sehingga boleh mennganggap tidak mengapa kerana dirinya tuan besar dan boleh bertindak seperti samseng negara.
Di mata pemimpin BN menganggap bahawa tuntutan mahasiswa adalah sampah yang menghalang "proses" demokrasi ala sang perompak, malah suara si penyangak dan pengampu itulahlah yang lebih mulia di kaca mata BN berbanding suara mahasiswa.
PM Najib sendiri langsung tidak memberikan sebarang respon, amat menghairankan memandangkan bendera tersebut tertera gambarnya.
Saya ingin memberikan semangat khusus buat seluruh golongan belia termasuklah mereka yang bergelar mahasiswa supaya contohi Mahasiswa seperti Adam Adli yang berani menyuarakan hasrat.
Bersesuaian dengan ungkapan PM Najib bahawa belia adalah golongan Super Hero, maka jolokan adiwira ini memang berkuasa mengubah sesuatu untuk diselamatkan, ada 15.1 juta golongan belia, menjelang PRU 13 ini, ayuh selamatkan Malaysia dari penjahat Umno-BN.
Drs. Khalil Idham Lim

1 ulasan:
Orang Umno ni sememangnya bodo dan bangang
Catat Ulasan