25 Muharram 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Kerajaan perlu memanggil mahasiswa bertanggungjawab menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diberikan nasihat.
Ketua Pemuda Pas, Pusat Nasrudin Hassan berkata, tidak salah untuk memanggil mahasiswa berkenaan sekiranya beliau benar-benar melakukan kesalahan tersebut.
“Tindakan mahasiswa ini adalah kerana suara mereka selama ini terhalang dan akhirnya diterjemahkan menerusi perbuatan. Dengan cara ini, ia menunjukkan sikap serius dan mahu dilaksanakan segera.
“Ditambah dengan seribu satu warna dan sikap rakyat di negara ini, jadi pihak kerajaan seharusnya mendengar dengan baik dan seterusnya menanganinya dengan baik juga,” katanya.
Beliau berkata, dalam keadaan normal, menurunkan bendera sebegini tanpa asas adalah tindakan tidak wajar dilakukan.
“Tindakan mahasiswa tersebut sudah pasti ada isu tertentu menyebabkan mereka sanggup bertindak sedemikian. Anak muda hari ini sudah agresif dan tahu apa yang mereka mahukan.
“Jangan pandang rendah terhadap kelompok mahasiswa ini. Jangan ada sikap pilih kasih kepada mahasiswa yang enggan menurut aspirasi kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempertahankan tindakan mahasiswa berkenaan dengan alasan tiada salahnya menurunkan bendera gambar pemimpin negara.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Akin berkata, apa dilakukan mahasiswa berkenaan adalah satu sebagai ekspresi terhadap sistem pendidikan tinggi di negara ini.
“Inilah simbol kemarahan mereka di mana ia ada kaitan dengan sikap Perdana Menteri dalam beberapa pengumuman yang pernah dibuat sebelum ini,” katanya.
Katanya, kecuali jika mahasiswa berkenaan bertindak memijak bendera tersebut atau membakarnya dengan niat melakukan provokasi
“Mahasiswa hari ini sudah dilatih dengan prinsip dan idealisme dan mereka perlu dilayan seperti cerdik pandai. Tindakan itu bukanlah luar biasa kerana inilah dikatakan sebagai proses kematangan di kalangan mahasiswa,” katanya.
Beliau berkata, tidak adil sekiranya mahasiswa itu dilabel sebagai biadab kerana ramai ahli politik yang gagal mengawal diri tidak dilabel dengan panggilan sedemikian.
“Saya kesal apabila mahasiswa ini menerima ugutan daripada ahli Umno yang mahu meludah dan menampar muka mahasiswa ini. Jika benar ada kesalahan yang dilakukan, biarlah undang-undang yang mengadili diri mereka bukan orang lain.
“AMK tetap dengan pendirian kami untuk menyokong mahasiswa ini dan akan cuba membantu mereka pada masa akan datang,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan