25 Muharram 1433H. [MOD] -
RAUB – Seorang lelaki bertindak menyorokkan wang hasil rompakan sebanyak RM4,000 dalam seluar dalamnya untuk mengelak ia dikesan.
Namun nasib tidak menyebelahinya apabila wang itu berjaya dirampas polis Raub dalam satu serbuan ketika lelaki terbabit berada di kediaman saudaranya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan wang milik seorang warga emas di Kampung Jenud.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika warga emas lelaki berusia 78 tahun berkenaan dalam perjalanan pulang dari kebunnya sebelum dihampiri suspek dari arah belakang.
“Ketika kejadian lebih kurang jam 11 pagi itu, suspek yang menunggang motosikal bertindak menekup mulut lalu mengambil wang berkenaan sebelum memecut meninggalkan mangsa.
“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan suspek berjaya dikesan dalam tempoh sejam selepas laporan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Mohd Samsudin berkata, tangkapan itu berjaya dilakukan hasil siasatan dan maklumat orang ramai yang mendapati suspek berada di rumah saudaranya di Kam-pung Kuala Dong.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut termasuk ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis heroin.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman sehingga 14 tahun penjara serta sebatan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan