21 Disember 2011

AS sekat 10 syarikat jalin kerjasama dengan Iran

25 Muharram 1433H. [MOD] -

WASHINGTON 21 Dis. - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) semalam mengenakan sekatan terhadap 10 syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan industri perkapalan Iran, atas dakwaan syarikat-syarikat terbabit membantu program ketenteraan dan peluru berpandu republik Islam itu.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata, 10 syarikat yang berpangkalan di Malta dan seorang individu dikaitkan dengan tiga syarikat perkapalan Iran iaitu Republic of Iran Shipping Lines, Irano Hind dan ISI Maritime.

Syarikat-syarikat Iran itu dituduh 'terlibat dengan usaha Iran untuk memajukan program peluru berpandu dan kargo pengangkutan tentera' serta cuba mengelak dikenakan sekatan dengan berselindung di sebalik 10 syarikat lain terbabit. - AFP

Tiada ulasan: