5 Muharram 1433H. [MOD] -
LUCKNOW: Dua petani yang sudah bosan kerana asyik diminta memberi rasuah, bertindak membawa tiga beg berisi ular sebelum membukanya di sebuah pejabat cukai menyaksikan keadaan kecoh kerana kemunculan reptilia itu.
Mereka meminta rekod cukai tanah mereka di kampung berdekatan Narharpur, tetapi pegawai cukai menahan fail mereka selama beberapa minggu dan meminta rasuah.
Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai Hukkul Khan dan Ramkul Ram. Khan adalah penjinak ular.
Kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies, termasuk sekurang-kurang empat jenis ular tedung berbisa menjalar di pejabat itu.
“Kehadiran ular itu menyebabkan kerani dan penduduk di dalam pejabat melompat ke atas meja atau bergegas keluar kerana ketakutan dalam kejadian di Basti, kira-kira 300 kilometer tenggara Lucknow,” kata pegawai negeri Uttar Pradesh, Ramsukh Sharma.
Tiada siapa yang cedera dalam kejadian petang kelmarin. Polis dan pegawai hutan kemudian menangkap haiwan itu. – AP

1 ulasan:
ambik koo...nk rasuah sgt hahha..tapi pape pun hati-hati ketika bersama kekasih atau kawan anda..tengok ni.. http://terubukbakar.blogspot.com/2011/12/artis-ini-ditangkap-basah-dan.html
Catat Ulasan