3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Pandan mengeluh kerana terpaksa menunggu terlalu lama sebelum dapat menuntut wang masing-masing.
Penerima bantuan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah kesal kerana selain terpaksa berbaris panjang dalam keadaan panas terik, pihak penyelaras juga dikatakan gagal menguruskan pemberian bantuan tersebut secara sistematik sehingga menyusahkan penerima terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
Seorang penerima bantuan, Daud Ghani, 64, berkata beliau hanya dapat menuntut bantuan itu selepas lebih empat jam kerana terpaksa mengharungi empat peringkat yang menyusahkan.
"Kita berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini tetapi kita kesalkerana cara pengagihannya menyusahkan orang ramai. Mula-mula kita dimintaberatur di sini, kemudian di tempat lain pula.
"Ramai yang mengeluh kerana terpaksa berbaris panjang sebelum dapat memasukidewan sekolah untuk menuntut wang masing-masing. Sepatutnya jangan ada banyaksangat tapisan kerana kita bawa surat pengesahan yang menyatakan kita memanglayak mendapat bantuan ini," katanya, Jumaat.
Sehubungan itu, Daud yang merupakan pesara swasta, mencadangkan agar pemberian bantuan itu dipermudahkan terutama warga emas yang tidak sihat dan tidak dapat mengambil bantuan itu sendiri.
"Saya cuba untuk mengambil bantuan itu bagi pihak bapa saya kerana beliau tidak sihat tetapi pegawai yang bertugas memaklumkan perkara ini akan disemak dan akan menghubungi saya kemudian.
"Pada pendapat saya, kalau dokumen yang diserahkan itu sah, masukkan sahajawang tersebut ke dalam akaun. Kenapa tidak dipermudahkan kerana bagi mereka yangtidak sihat, sukar untuk mereka beratur dan menunggu terlalu lama," katanya. -BERNAMA
4 ulasan:
masukkan saja dalam akuan lagi senang
saja la nak bagi ramai..benda senang ja...buat2 bg susah...apa punya turrr la
nak senang tak usah ambil........pening2,,,,,
nyata kera2jaaaaaan yg memberi telah menyusahkan rakyat,mcm pancing ikan,kalau kita nakkan duit br1m,kita perlu diperbodohkan dulu baru bagi,cara yg melampau membebankan rakyat lebih baik tak payah bagi,hati tak sakit....jgn provo nak angkat batang peliq najis yg busuktu gara2nya rakyat jd mangsa....
Catat Ulasan