3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket dadah antarabangsa, selepas menahan enam lelaki warga asing dan dua wanita tempatan yang bertindak sebagai ejen rekrut dan keldai dadah dalam beberapa serbuan, baru-baru ini.
Dadah yang dirampas adalah jenis kokain seberat 1.2 kilogram (kg), heroin seberat 40.2kg dan syabu seberat 971 gram, yang semuanya dianggarkan bernilai RM1.53 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama pada 20 Januari lalu, polis menahan masing-masing dua lelaki warga Nigeria dan wanita warga tempatan, berumur 26 hingga 40 tahun, di kawasan KL Sentral.
Katanya, ketika itu, suspek menaiki sebuah kenderaan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Polis menemui 30 bungkusan plastik berisi kokain yang disembunyikan dalam ruangan khas bahagian roda, tapak dan batang penarik plastik pada kedua-dua beg troli yang diletakkan dalam bonet kereta.
“Siasatan mendapati seorang wanita yang diberkas itu merupakan ejen rekrut yang menjadikan wanita tempatan sebagai keldai dadah. Kita sedang mengenal pasti mangsa lain yang sudah direkrut,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Beliau berkata, dua hari kemudian, polis memberkas tiga lelaki warga Pakistan dan merampas 33 paket plastik berisi heroin yang disembunyikan dalam kotak berisi set cawan kaca.
“Kita percaya suspek sudah lama aktif dalam aktiviti penyeludupan dadah,” katanya.
Noor Rashid berkata, keesokannya, seorang lelaki warga Guinea diberkas di KLIA kerana disyaki menelan dadah untuk diseludup ke dalam negara.
Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan