27 Januari 2012

Fuziah 1,200 dokumen bantahan awam Lynas

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Kira-kira 1,200 dokumen pendedahan dan bantahan awam berkaitan permohonan Kelas Lesen Pengilangan (fasa operasi sementara) untuk pembinaan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) diserahkan kepada wakil Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di Wisma Sri Pahang, semalam.

Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh berkata, penyerahan itu dilakukan serentak beberapa agensi dan orang awam berikutan penetapan tarikh akhir penyerahan dokumen itu.

Beliau yang turut disertai Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan kedatangannya bersama beberapa kumpulan orang awam itu bertujuan mengganggu kakitangan dan pegawai di wisma itu tetapi hanya menyerahkan dokumen seperti yang dicadangkan sebelum ini.

“Sebelum ini kita dimaklumkan mendapat peluang menyerahkan dokumen jika tidak bersetuju dengan

“Justeru, kita datang bukan bertujuan mengganggu pekerja di bangunan pejabat Kerajaan Negeri ini, cuma untuk menyerahkan dokumen pendedahan dan bantahan kepada pihak Mosti dan AELB,” katanya kepada pemberita sebelum penyerahan dokumen berkenaan.

Beliau berkata, kehadiran orang ramai yang mahu menghantar dokumen dan memberi sokongan mengakibatkan ada yang salah sangka sehingga memaksa pihak polis berkawal di lokasi itu.

Fuziah mengakui tidak menjangkakan kehadiran kumpulan yang mahu membuat bantahan tetapi mereka berjaya mengumpulkan dokumen berkenaan sebelum menyerahkannya kepada wakil Mosti dan AELB.

“Penyerahan ini adalah hak rakyat dan tidak salah sekiranya mereka datang beramai-ramai untuk tujuan penyerahan dokumen tersebut.

“Sebelum ini, pihak polis menjangkakan kehadiran kami adalah untuk menyerahkan dokumen ini kepada kerajaan negeri tetapi salah faham itu dapat diselesaikan walaupun pada mulanya kami dinasihatkan bersurai,” katanya.

Fuziah berkata, polis hanya membenarkan lima individu sahaja masuk ke bilik yang ditetapkan untuk penyerahan dokumen bantahan.

Sinar Harian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju jugak,kami rakyat seluruh negara membantah kilang lynas dGebeng,hntar balik kAustliar-hidupYB Fauziah-Meecalong