7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SERI KEMBANGAN - Seorang balu polis merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) mempermudah permohonan lesen perniagaan untuk membolehkannya berniaga kecil-kecilan di Seri Serdang.
Suriah Md Amin berkata, sejak kematian suaminya, Koperal Mohd Rosli Abu Bakar Disember tahun lalu, dia kehilangan tempat bergantung bagi meneruskan hidup bersama enam anak yang masih bersekolah.
Meskipun menerima sumbangan pelbagai pihak, Suriah mahu mengambil inisiatif sendiri bagi mencari pendapatan tetap untuk keperluan mereka sekeluarga.
“Saya bercadang berniaga pisang goreng di gerai tepi jalan, tetapi menghadapi masalah kerana sukar mendapatkan lesen perniagaan.
“Enam anak saya masing-masing berusia 9 hingga 21 tahun semuanya masih bersekolah, wajarlah saya cari pekerjaan untuk menanggung mereka,” katanya.
Difahamkan, anak kedua Suriah terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana kesempitan wang.
Katanya, berbekalkan pendapatan hasil niaga kelak, dia dapat memberi kehidupan lebih baik kepada anak-anak.
“Dengan keadaan hidup yang cukup-cukup makan, saya mohon ada pihak prihatin dengan kesukaran yang terpaksa ditanggung ini,” katanya.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, P Saravenan berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dimaklumkan keadaan keluarga berkenaan bagi proses bantuan sewajarnya.
“Kita harap bantuan kepada keluarga ini dapat dipercepatkan untuk mengurangkan beban ditanggung,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan