7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
BANDA HILIR - Disangka bunyi bangunan runtuh, rupa-rupanya sebuah kereta pacuan empat roda merempuh butik dalam kejadian awal pagi di Dataran Pahlawan Megamall, Jalan Merdeka, di sini, semalam.
Itulah detik cemas dihadapi Shyam Babu Sah, 26, seorang penyelia pembersi-han warga Nepal dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu.
Ketika kejadian, Shyam sedang meronda memastikan lantai di pusat membeli belah berkenaan yang sudah ditutup agar bersih sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.
“Saya berlari selepas terdengar bunyi seperti bangunan runtuh. Tapi, apabila saya keluar, saya lihat sebuah kereta jenis Ford Ranger telah merempuh bahagian hadapan sebuah butik pakaian,” katanya.
Menurutnya, dia melihat pemandu lelaki lingkungan 30-an yang berdarah di dahi keluar dari kereta berkenaan.
Menurut Shyam Babu yang sudah dua tahun bekerja di situ, seorang pengawal keselamatan di situ kemudian bertindak menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut.
“Kereta itu dipercayai datang dari arah bertentangan sebelum memasuki kaki lima bertangga, lalu merempuh butik menyebabkan sebahagian cermin pecah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan kejadian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan