29 Februari 2012

The Star sudah buat kesalahan kali ketiga

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.

(Gambar poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.

"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.

"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Ekoran itu, The Star dijangka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil.

"Sebelum ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu, benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan.

"Hanya orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily.

The Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di Kuala Lumpur.

Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama Allah itu.

Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui akhbarnya untuk menyerang Islam.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit The Star digantung atau ditarik balik.

Harakah Daily

1 ulasan:

kampong lad berkata...

antara Erykah Badu yg tayang dada dgn presiden mca yg dok kutuk hukum syariah, sapa paling 'dasyat'. dia terang2 hina allah swt, hina quran & hina muhammmad saw. mana kaligong, mana raja2 gopal/lingam, mana mee sultan, mana moo..fti2, mana ulaq2 dlm semak, mana yg dok mengaku 'pelindung2' agama, meLAYU & raja? mana pi semua? takdak teloq ka? orang hina agama kow kow, cuma NATO. kalau 'perang' depa ni lari dulu.