29 Februari 2012

Aktivis hina Raja Thai dipenjara 7 tahun

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Seorang aktivis politik di Thailand, semalam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun setengah dalam siri dakwaan terbaru di bawah undang-undang menghina sistem pemerintahan beraja (lese majeste) di negara itu.

Surachai Danwattananusorn disabit bersalah oleh Mahkamah Jenayah di Bangkok kerana menghina Raja Bhumibol Adulyadej dalam beberapa ucapan kepada penyokong kumpulan Siam Merah pada 2008 dan 2010.

Dalam satu kenyataan, peguam belanya memaklumkan beliau akan mengemukakan rayuan kerana menganggap kes tersebut sebenarnya bermotifkan politik.

Kumpulan Siam Merah adalah salah satu cabang gerakan Baju Merah yang setia menyokong bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra selepas dia digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2006.

sinar harian/-

Tiada ulasan: