14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sudah dapat meramalkan penghujung perjuangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sekian lama berada dalam Umno akan dilupakan begitu sahaja.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw mendakwa Umno seperti kacang lupakan kulit dan seolah-olah semakin hari cuba untuk mengetepikan Tengku Razaleigh.
“Bagi saya perkara ini tidak pelik, mereka ini tidak mengenang jasa veteran di dalam Umno dan apabila merasakan diri mereka sudah kuat, mereka akan tinggalkan orang tua ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat tergempar di Gua Musang yang mahukan Ku Li berundur secara terhormat.
Sebagai menghormati perjuangan Ku Li terhadap rakyat, Pang Chaw juga menasihatkan Ku Li supaya membuat keputusan yang bermaruah dalam dirinya.
“Keluar cara terhormat, biarlah mati dengan bermaruah dan bagi sesiapa yang memilih untuk masuk Umno perlu berfikir dua kali sebelum membuat keputusan,” katanya.
Pang Chaw turut membidas pendirian ahli jawatankuasa Umno bahagian yang menyifatkan kenyataan Ku Li sering kali memihak kepada pembangkang dan mencemarkan imej parti.
“Ku Li adalah pemimpin yang sebenar, dia tidak duduk diam dan bukannya mengikut telunjuk Umno,” katanya.
kerabu bersuara/-

1 ulasan:
Ku Li dan matang dalam politik dan ilmu kepimpinan. Buatlah sesuatu yang terbaik untuk rakyat dipenghujung usia Tengku. Lebih terkejut Nanti kalau Tengku isytiharkan saya akan menetap di Pondok Pasir Tumboh atau dimana-mana pondok yang dipilihnya.
Bukan Tengku duduk disitu selama-lamanya sehingga ke akhir hayat tetapi 'Beruzlah' supaya hati dan jasat bersatu di alam buana ini kemudian kembali ke medan rakyat menyumbangkan bakti berkualiti yang direthoi Allah sw. Bukan saya tidak percaya keupayaan TG Nik Aziz dan rakan ulamak memberikan beliau Motivasi tetapi memberi ruang kepada TG agar tidak padat dengan tanggunjawab mentadbir Negeri dan keduanya agar tidak dipandang 'BIAS' yang TG Razali terpengaruh dengan yang konon dilebelkan dakyah yang sepatutnya dakwah.
Selamat berjuang Tengku..!..
Catat Ulasan