24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Aksi berani seorang remaja mahu meloloskan diri dengan merempuh sekatan polis membawa padah apabila motosikal ditungganginya terbabas di Lebuhraya Besraya, awal pagi semalam.
Akibatnya, remaja berusia 20 tahun berasal dari Jerteh itu cedera di muka dan diberkas pasukan MPV polis yang mengejarnya sejauh enam pusingan di lebuh raya berkenaan.
Dia yang bekerja di sebuah restoran makanan segera memberi alasan bimbang dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai lesen memandu sekiranya berhenti pada sekatan jalan itu.
Ketua Operasi Pasukan Khas Bukit Aman, Asisten Superintenden Huzir Abdul Majid berkata, siasatan lanjut mendapati dia meminjam motosikal milik abangnya untuk bersiar-siar.
Menurutnya, remaja berkenaan ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu melulu dan merbahaya yang boleh membawa kematian kepada orang awam.
Dalam Operasi Bersepadu Pasukan Unit Khas Bukit Aman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya itu juga turut memeriksa 170 motosikal dan 20 kereta.
Hasilnya, sebanyak 93 saman polis dan 30 saman JPJ dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuklah cukai jalan tamat tempoh serta tidak mempunyai lesen memandu.
“Atas kesalahan mengubahsuai kenderaan dan tidak mempunyai cukai jalan, polis trafik turut menyita 16 motosikal manakala 13 motosikal lagi disita JPJ manakala 78 lagi diarah membawa motosikal untuk pemeriksaan semula di JPJ,” katanya kepada Sinar Harian.
Huzir berkata, dua remaja berusia 15 dan 17 tahun turut ditahan kerana tidak membawa kad pengenalan dan mengaku datang ke situ semata-mata untuk menonton perlumbaan haram.
Operasi selama empat jam berakhir jam 5 pagi melibatkan 50 anggota polis dan anggota JPJ.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan