24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM, 16 APR : Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing.
Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini mendedahkan cubaan MCA untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check up semalam.
Hannah berkata, MCA cuba berselindung disebalik program kemasyarakatan yang dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang berkunjung ke program itu.
“Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.
Adun Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.
” Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad pengenalan dan terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkannya tetapi kerajaan BN memberikan sesuka hati kepada warga asing,” katanya.
Sementara itu, Saari Sungip yang merupakan Adun Hulu Klang berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.
Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 yang meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana Umno-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.
“Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.
selangorku/-

3 ulasan:
BN ni memang haramjadah dan sial...Jual negara semata2 nak menang PRU...ABU....
Perkara ni bukan baru kelmarin atau semalam berlaku, ianya sudah dilakukan dari zaman dulu lagi... mungkin ramai tak menydarinya. cuba fikir secara logik, berapa ramai orang cina yang berumur setahun hingga keatas yang mati tidak diketahui (tidak dilapur). kebanyakan yang mati hanya yang tua2 sahaja. sekarang ni pulak mereka import tukang urut yang bekerja di premis urut tradisional, perayalah bahawa mereka ini akan turun mengundi pada GE nanti kerana mereka tidak dapat dikenali oleh petugas yang tidak berpengalaman, lagipon sapa rajin nak tanya atau siasat benda ni....???
MENGUNDI LAH SECARA BERSIH ,X BOLE KE?..MENANG KALAH ADAT BERTANDING
Catat Ulasan