24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PENDANG - Aktiviti jualan beli ikan di Pasar Pendang kurang rancak apabila pelbagai jenis ikan besar tidak dijual sejak tiga hari lalu, berikutan ikan import dari Thailand tidak dihantar kerana sambutan Pesta Tahun Baru Thailand (Songkran) yang disambut masyarakat Siam.
Tinjauan mendapati, meja ikan beberapa peniaga kurang menarik perhatian pelanggan kerana hanya dipenuhi ikan kembung yang banyak dijual di pasaran.
Peniaga, Suhaimi Bakar, 50, berkata, jualan ikan kurang rancak disebabkan banyak jenis ikan besar tiada seperti ikan seludu, ikan jenahak, ikan nyiur-nyiur, berangan dan banyak lagi sejak tiga hari lalu.
“Saya difahamkan ikan jenis itu tidak dapat dihantar dari Thailand disebabkan sambutan Pesta Songkran menyebabkan jualan ikan kurang rancak kerana banyak pelanggan yang datang mahu beli ikan jenis besar, terutamanya pengusaha kedai makan.
“Saya ada menjual ikan nyiur-nyiur yang dipelihara, namun sukar dijual kerana harga ikan yang dipelihara jauh lebih tinggi iaitu RM18.50 sekilo berbanding ikan yang diimport dari Thailand iaitu RM9 sekilo,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Derani Puteh, 71, berkata, walaupun ketiadaan ikan besar tetapi jualan ikan kembong kurang rancak disebabkan lambakan ikan itu di pasaran kini.
“Harga ikan kembong dari RM4 sehingga RM8 tidak mempengaruhi permintaan yang tinggi walaupun ikan besar tiada,” katanya.
Sinar Harian

1 ulasan:
Sampai bila kita nak mengharapkan ikan-ikan dari Thailand....apakah kita punya nelayan tidak punya kelengkapan yg cukup....something has to be done...
Catat Ulasan