24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
BUKIT TUNGGAL - Kegiatan mengangkut tanah di kawasan bukit berhampiran Kampung Bukit Tok Ris, di sini, menimbulkan keresahan dan mengundang masalah dalam kalangan penduduk yang mendakwa terpaksa berdepan masalah debu setiap hari.
Malah, pergerakan lori yang keluar masuk dari kawasan bukit menuju ke tapak projek juga dikhuatiri mengundang kemalangan terutamanya melibatkan penunggang motosikal dan basikal apatah lagi ada pemandu lori yang memandu laju.
Difahamkan, kerja mengangkut tanah tersebut mula dilaksanakan awal tahun ini bagi kegunaan beberapa projek pembangunan di kawasan sekitar dan ia termasuk untuk pembinaan pasar baru.
Penduduk, Mahadi Mamat, 44, berkata, masalah debu yang memenuhi ruang udara kawasan sekitar menimbulkan masalah pernafasan bagi mereka yang mengalami asma dan batuk berterusan.
Selain itu katanya, peniaga kedai makan juga mengalami kemerosotan pendapatan kerana pelanggan berkurangan.
“Masalah debu ini sememangnya menyukarkan penduduk apatah lagi ia turut melekat pada kenderaan dan dinding rumah.
“Jika masalah ini berterusan dibimbangi mengancam kesihatan di sini khususnya kanak-kanak dan warga emas, tambahan pula kebanyakan kanak-kanak di sini mengayuh basikal untuk berulang-alik ke sekolah,” katanya.
Kata Mahadi, dia tidak pasti ke mana tanah berkenaan dihantar namun ada mendengar penduduk kampung memberitahu tanah itu digunakan bagi pembinaan pasar baru di kawasan itu.
“Saya difahamkan kerja mengangkut tanah untuk pembinaan pasar baru hanya dimulakan pada awal bulan ini sedangkan aktiviti tersebut sudah dilakukan sejak awal tahun.
“Pihak terbabit perlu prihatin dengan masalah kami di sini terutama kesan sampinangan yang boleh menjejaskan kesihatan,” katanya.
Sementara itu, Hamdan Hamat, 49, berharap agar pemandu lori yang mengakut tanah lebih bertimbang rasa terhadap pemandu kenderaan kecil dengan tidak memandu laju terutama di lokasi yang berisiko kemalangan.
“Sejak aktiviti mengangkut tanah ini dijalankan banyak jalan rosak dan tidak lagi selesa untuk dilalui, tambahan pula apabila hujan air akan bertakung di lubang jalan yang rosak itu dan boleh membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan