24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PENTAS Siri Super Terbuka India menjadi medan ujian buat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bagi menilai tahap pemulihan kecederaan bahu kanan pemain itu.
Pengarah Cawangan Elit Majlis Sukan Negara (MSN), Ariffin Ghani berkata, berdasarkan laporan perubatan, tahap pemulihan Chong Wei memberangsangkan dan hampir 90 peratus pulih.
“Jadi kita gunakan kejohanan Siri Super Terbuka India yang bermula pada 24 hingga 29 April sebagai medan ujian untuk Chong Wei dan selepas itu barulah kita akan lihat perkembangan selanjutnya,” katanya.
Selepas beraksi di Seluruh England 11 Mac lalu, Chong Wei menarik diri dari Terbuka Switzerland bahkan terpaksa melepaskan peluang beraksi pada saingan Piala Axiata.
Sementara itu, BAM akan menghantar skuad Piala Thomas dan Sukan Olimpik menjalani latihan di luar negara sebagai persiapan akhir sebelum cabaran sebenar.
Menurut Ariffin, skuad Piala Thomas menjalani latihan di China sementara pemain yang bertanding pada Sukan Olimpik menjalani latihan di University of Bath, United Kingdom, selama dua minggu.
“Pra-latihan di luar negara untuk membina semangat berpasukan, bagaimanapun maklumat lanjut mengenai program latihan itu akan ditentukan kemudian oleh jurulatih,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan