2 Rejab 1433H. [MOD] -
NILAI – Bagi mengaburi mata penguat kuasa, sindiket dadah antarabangsa menggunakan helah baru dengan menyeludup dadah jenis syabu dalam bingkai gambar dengan kertas karbon bagi mengelak dikesan mesin pengimbas.
Modus operandi itu terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warganegara India yang tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) kira-kira 1.20 pagi, kelmarin.
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai dari Bangalore bersendirian dengan membawa sebuah bagasi mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan dan imbasan ke atas bagasi, suspek mendapati terdapat 10 bingkai gambar mencurigakan bersama pakaian.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat bungkusan plastik mengandungi dadah jenis syabu di setiap bingkai gambar berjumlah 5.12 kilogram (kg) dengan anggaran nilai pasaran RM1.28 juta,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Narkotik Nilai, dekat sini, semalam.
Menurutnya, suspek yang berniaga secara kecil-kecilan di negara asalnya itu dipercayai pernah datang ke negara ini sebelum ini berdasarkan dokumen perjalanannya.
“Sindiket amat licik yang mana menggunakan kertas karbon bagi mengelak dikesan daripada mesin pengimbas selain bingkai gambar yang tidak menunjukkan sebarang keraguan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan