2 Rejab 1433H. [MOD] -
Slim River - “Dia beria-ia sangat nak pasangkan mozek pada lantai bilik air yang licin kerana bimbang makcik jatuh walaupun ketika itu dia tidak bekerja.
“Tak sangka bila dia dapat kerja semalam dan keluar rumah awal pagi menjadi detik akhir makcik melihat wajahnya,” luah Zahara Yeop, 60, ibu kepada Mohd Noor Fitri Musa, 25, yang mati tertimbus tanah runtuh, semalam.
Zahara berkata, keinginan anak kelapannya itu amat menghairankan kerana Mohd Noor Fitri yang bekerja kontrak dengan sebuah syarikat telekomunikasi sudah tiga hari tidak bekerja, tambahan pula dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk memasang mozek tersebut.
Menurutnya, dia sangat sedih apabila mengenangkan hajat anaknya itu yang tidak kesampaian.
“Dia balik rumah kira-kira jam 4 pagi semalam dan makcik lihat dia masuk tutup tingkap, tutup pintu dan berulang-alik dari ruang tamu ke bilik, dalam hati makcik ni kata, kenapalah anak aku ni macam gelisah sangat.
“Kemudian, awal pagi lagi dia sudah keluar setelah dapat panggilan ada kerja di Felda Besout. Makcik pun tak sempat siapkan sarapan sebab kebiasaannya makcik jaga makan minum dia, tapi pagi tadi memang tak sempat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River.
Zaharah berkata, dia hilang selera makan ketika diajak suaminya, Musa Embok untuk makan tengah hari semalam.
Menurutnya, kebiasaannya dia makan bersama suami selepas selesai menghidangkan makanan, tetapi semalam segalanya berubah.
Katanya, selang beberapa minit, kira-kira jam 2 petang suaminya menerima panggilan daripada majikan anaknya memberitahu tragedi malang itu.
Mohd Noor Fitri ditemui mati tertimbus tanah runtuh setelah melakukan kerja pembaikan kabel telekomunikasi di Felda Besout 2 dekat sini semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat keadaan tanah yang telah digali tidak kukuh menyebabkannya runtuh dan menimbus mangsa bersama tiga lagi rakannya.
Bagaimanapun, rakan mangsa berjaya diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.
Difahamkan, kawasan tersebut merupakan kawasan tanah runtuh dan kehadiran mangsa untuk membuat kerja membaik pulih dan penyelenggaraan di kawasan itu setelah menerima aduan kerosakan kabel yang berpunca daripada tanah runtuh.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan